Kombo 4 PJJ Dessert Dalam Bekas | Edry's Kitchen
Khas untuk homebaker & seller dessert

Tak Pandai Coating Bentuk Kek Pun Boleh Jual Dessert Yang Nampak Kemas & Menyelerakan.

Belajar 4 PJJ dessert dalam bekas kecil yang mudah dipack, mudah disusun dan senang dihantar ke vendor atau letak di vending machine—bermula dengan Tiramisu yang pernah viral, bersama Kek Keladi Original, Puding Triffle dan Crème Brûlée.

🍰 Tak perlu deco yang rumit
📦 Senang handle packing dalam bentuk bekas
🏪 Sesuai vendor & doorgift majlis keraian
Lihat Kombo 4 PJJ RM70 Video tutorial • Belajar ikut masa sendiri
Cara jual yang lebih praktikal

Tak Semua Orang Perlu Bermula Dengan Dekorasi Kek Yang Cantik.

Ramai nak mula jual dessert, tetapi terus rasa rendah diri bila tengok dekorasi dessert orang lain licin, berkilat dan bucu kek semuanya tajam. Belum kira risiko kek senget, frosting cair atau susah dipotong sama saiz.

📦

Dalam Bekas Pun Cantik Juga

Tak perlu kejar frosting sempurna. Lapisan dan tekstur dessert itu sendiri menjadi tarikan apabila disusun dalam bekas.

🏪

Senang Letak Vendor

Packaging cantik dah kemas. Lebih mudah disusun, dihantar, dipamerkan dan disimpan.

🥄

Customer Pun Senang Makan

Buka penutup, cedok dan makan. Tak habis, tutup semula dan simpan—mudah untuk customer dan mudah untuk seller.

Tiramisu hasil kelas
Daripada menu viral kepada menu sepanjang zaman

Tiramisu Pernah Jadi Rebutan. Tetapi Menu Lama Pun Customer Masih Mencari.

Tiramisu memang menjadi hero kerana resipinya pernah viral dan ramai teruja mencubanya. Tetapi bila buka tempahan menu seperti Kek Keladi, Puding Triffle dan Crème Brûlée, customer lama tetap muncul—siap excited sebab dah tak ramai seller menawarkan menu-menu ini.

Menu viral membawa perhatian. Menu evergreen membina pilihan. Sebab itu saya gabungkan keempat-empat PJJ ini supaya seller tidak bergantung pada satu trend sahaja.
PJJ 1 • Hero Viral

Tiramisu Classic & Versi “Tiru-Misu” Mesra Bajet

Resipi diolah mengikut selera tempatan—tak terlalu pahit dan tak terlalu manis. Turut dikongsikan versi lebih mesra bajet untuk seller yang mahu kawal kos tanpa kurangkan rasa originalnya.

  • Ada yang suka frosting daripada mascarpone cheese, ada juga suka rasa lemak daripada cream cheese.
  • Disertakan aneka resipi olahan tiramisu.
  • Teknik yang mudah, bahan tak banyak digunakan tapi kekal rasa premium.
  • Sesuai dijadikan tarikan utama dalam senarai jualan dessert.
Tiramisu 1 Tiramisu 2 Tiramisu 3 Tiramisu 4
Kek Keladi 1 Kek Keladi 2 Kek Keladi 3 Kek Keladi 4
PJJ 2 • Rare & Nostalgia

Kek Keladi—Citarasa Lama Yang Masih Ada Peminat Setia

Bila seller lain sibuk mengejar menu viral, Kek Keladi memberi pilihan rasa yang berbeza. Ia boleh dijadikan menu signature untuk customer yang sukakan rasa nostalgia dan original keladi.

  • Teknik hasilkan kek chiffon supaya hasil lebih ringan dan tidak mudah bantat.
  • Topping keladi creamy dengan resipi ada gunakan santan dan tanpa santan.
  • Boleh dihidangkan dalam bekas supaya lebih mudah diurus dan dijual.
  • Menu yang tidak terlalu ramai seller buat tetapi boleh jual sebab demand tinggi.
PJJ 3 • Meriah Gabungan Rasa Buah Dan Custard

Puding Triffle—Lapisan Dalam Bekas Jadi Tarikan Utama

Tak pandai membentuk bunga atau piping frosting? Trifle nampak cantik melalui lapisan swiss roll, cookies, buah segar dan krim. Bekas lutsinar sendiri membantu presentation nampak meriah.

  • Belajar variasi Triffle daripada satu asas resipi.
  • Bahan mudah didapati tetapi hasil boleh nampak premium.
  • Sesuai untuk jualan vendor, hantaran atau majlis.
  • Rasa yang cukup lengkap dengan lapisan kek, custard cheese, buahan cocktail dan topping jelly.
Puding Trifle 1 Puding Trifle 2 Puding Trifle 3 Puding Trifle 4
Creme Brulee 1 Creme Brulee 2 Creme Brulee 3 Creme Brulee 4
PJJ 4 • Rasa Puding Mewah

Crème Brûlée—Minimal Bahannya, Premium Rasanya

Menu ini sesuai untuk customer yang sukakan dessert lembut, berkrim dan lebih rich rasa tekstur puding. Saiz kecil dalam bekas menjadikannya lebih mudah untuk dicuba, dijual dan dihidangkan.

  • Dikongsikan teknik elak bau hanyir kuning telur.
  • Teknik water-bath untuk hasil lebih licin dan sekata.
  • Bahan simple je tapi kena tau cara hasilkan tekstur puding yang smooth.
  • Berbeza dengan resipi Puding Caramel kerana hanya guna telur kuning sahaja.
Empat rasa, empat jenis peminat

Bukan Semua Customer Mahu Dessert Yang Sama.

Dengan empat PJJ ini, anda boleh try dan olah menu ikut sambutan customer tanpa perlu bergantung pada satu trend sahaja.

TiramisuUntuk crowd yang tertarik dengan menu viral dan rasa kopi-cocoa.
Kek KeladiUntuk peminat yang memang mencari rasa kek keladi original zaman dulu-dulu.
Puding TrifleUntuk customer yang suka buah, lapisan meriah dan rasa lebih segar.
Crème BrûléeUntuk customer yang mencari dessert seperti puding.
Hasil & feedback peserta

Menu Lama Tak Semestinya Hilang Permintaan.

Bukti terbaik ialah bila customer masih bertanya, memuji rasa dan membuat tempahan semula.

Feedback peserta 1

“Masih ada permintaan dan tak telan dek zaman.”

Feedback peserta 2

Customer puji rasa dan terus booking untuk majlis pejabat.

Feedback peserta 3

Hasil resipi mendapat feedback rasa yang positif.

Kombo 4 PJJ

4 PJJ dengan Aneka Resipi dan Toturial.

✓ PJJ Tiramisu Classic
✓ PJJ Kek Keladi
✓ PJJ Puding Triffle
✓ PJJ Crème Brûlée
  • Video tutorial step-by-step.
  • Resipi dalam sukatan yang mudah dirujuk.
  • Akses belajar dalam group kelas di FB.
  • Meriah Perkongsian hasil dan tip daripada peserta lain.
Nilai keseluruhan 4 PJJ
RM125
RM70

Harga combo selepas menggunakan kupon di bahagian checkout.

Ya, Saya Nak 4 PJJ Ini

Soalan Yang Selalu Ditanya

Boleh. Kelas disusun dalam bentuk video tutorial supaya anda boleh tengok, pause dan ulang semula mengikut kelajuan sendiri.
Boleh. Anda boleh belajar semua dahulu, kemudian pilih satu atau dua menu yang paling sesuai dengan customer, kos dan cara jualan anda.
Format dessert dalam bekas memang lebih mudah disusun dan dihantar. Namun saiz bekas, suhu penyimpanan, jangka hayat dan syarat vendor perlu ditentukan mengikut resipi serta operasi jualan anda.
Tidak. Kelas memberikan resipi dan panduan. Hasil jualan bergantung pada tindakan, kualiti produk, harga, lokasi, pemasaran dan sambutan customer masing-masing.
Cara Claim RM70

Sebelum Bayar, Buat 3 Langkah Ini

  1. Pilih keempat-empat PJJ dalam borang.
  2. Masukkan kupon DISKAUN COMBO dan tekan Apply.
  3. Pastikan jumlah akhir berubah kepada RM70 sebelum meneruskan bayaran.
DISKAUN COMBO

Jangan terus bayar jika jumlah masih menunjukkan harga asal.

Borang Pembayaran BCL

Pembayaran terus boleh dibuat dengan isian detail di bawah.

Pastikan nama, nombor WhatsApp dan e-mel diisi dengan betul supaya urusan akses kelas tidak tersangkut.
© 2026 Edry's Kitchen • Kelas Masakan Online