Untuk jualan vendor, anda perlukan menu yang ada peminat sendiri, nampak premium dan bukan terlalu mudah ditiru oleh seller2 lain.
Jala mas memerlukan teknik, masa yang lama dan kuning telur yang banyak. Puding caramel yang betul-betul halus pula perlukan kawalan proses, bukan jalan pintas. Kesukaran itu bukan kelemahan — ia menjadi penghalang kepada pesaing anda.
Saya tak memilih menu ini sebab ia sedang viral. Saya memilihnya sebab orang masih mencari dan tak ramai seller sanggup menyiapkannya dengan betul.
Resipi Puding Raja original terlalu manis untuk selera saya. Jadi saya buat R&D sendiri untuk mendapatkan rasa yang lebih seimbang, kos yang lebih sesuai untuk berniaga dan proses penyediaan yang lebih cepat dan mudah — tanpa membuang identiti dessert tersebut.
Bahagian paling renyah ialah jala mas. Tetapi itulah killer topping yang membuatkan customer sanggup membeli walaupun harganya premium. Dalam kelas ini saya kongsikan teknik dan susunan kerja yang saya gunakan supaya tempahan boleh disiapkan dengan lebih teratur.
Bukan salin resipi original bulat-bulat. Ia telah diolah melalui R&D supaya kurang manis, lebih mesra kos jualan dan lebih mudah disusun untuk pengeluaran vendor.
Jala mas menggunakan kuning telur dan dihasilkan dengan teknik yang teliti. Memang renyah — tetapi kerana itulah tidak semua orang mahu membuatnya sendiri.
Anda cuba dulu join dan tengok tips yang padu. Anda belajar cara kerja yang betul dan lebih tersusun supaya hasil tetap cantik apabila dibuat untuk jualan.
Resipi premium berasaskan telur segar untuk tekstur lembut, gedik dan smooth — tanpa menggunakan custard, biskut atau roti sebagai jalan pintas untuk mengentalkan puding.
Ramai boleh campur bahan dan kukus. Tetapi untuk mendapatkan tekstur yang sekata tanpa biji-biji halus di sekeliling puding, setiap langkah perlu dibuat dengan betul.
Ilmu kecil inilah yang membezakan puding biasa dengan dessert yang customer nampak premium.
Jala mas dan tekstur caramel premium membuatkan produk anda tidak mudah disamakan dengan dessert biasa.
Belajar teknik dan SOP kerja supaya anda tidak kelam-kabut menyiapkan setiap komponen.
Dua menu evergreen ini sesuai dijual sebagai dessert cup, tempahan majlis atau produk premium vendor.
Antara feedback peserta yang telah mencuba resipi dan mula menggunakan menu ini untuk jualan.
“Saya ada jual puding caramel sebelum ni tapi berbiji sagu, tak cantik. Join PJJ ni baru dapat hasilkan puding yang smooth.”
— Puan Ina
“Resipi senang sangat. Rasa sama seperti puding caramel yang kat Jepun.”
— Cik Nur
“Ramai peminat puding raja ni. Setiap minggu order cecah 60–80 bekas.”
— Puan Intan
“Alhamdulillah hantar vendor minggu pertama dah licin stok. Minggu kedua try improve lagi jala mas.”
— Puan RosHasil jualan berbeza mengikut usaha, lokasi, harga, kualiti produk dan strategi pemasaran setiap peserta.
Dua kelas online yang boleh dipelajari ikut masa sendiri, lengkap dengan penerangan langkah demi langkah.
Dalam borang pembayaran, pilih kuantiti 1 untuk kedua-dua kelas. Kemudian masukkan kupon NAK JOIN COMBO supaya harga PJJ Puding Caramel RM35 ditolak dan jumlah akhir menjadi RM85.
Wajib pilih kedua-dua kelas dan Apply kupon NAK JOIN COMBO
Kelas disusun secara online supaya anda boleh belajar dari rumah dan ulang bahagian yang belum dikuasai.
Boleh. Kelas disampaikan secara langkah demi langkah supaya peserta boleh praktik dari rumah.
Bukan salinan original bulat-bulat. Ini versi Puding Raja Custard hasil olahan dan R&D Edry supaya kurang manis, lebih mesra kos dan sesuai untuk jualan.
Ia memerlukan teknik dan ketelitian. Dalam kelas, anda belajar cara yang betul serta tips menyusun kerja supaya proses lebih teratur.
Tidak. Resipi menggunakan telur segar sebagai asas dan tidak bergantung pada custard, roti atau biskut untuk mendapatkan tekstur.
Ya. Kedua-dua menu sesuai dijual dalam bekas individu, dihantar ke vendor, dibuat untuk majlis atau dijadikan menu tempahan.
Pilih kuantiti 1 untuk kedua-dua kelas. Jumlah awal akan menjadi RM120. Masukkan kupon NAK JOIN COMBO dan tekan Apply. Diskaun RM35 akan ditolak dan jumlah akhir menjadi RM85.
Belajar dua menu evergreen yang mempunyai peminat sendiri, nampak premium dan boleh dijadikan produk vendor anda.
Ikut 3 langkah ini supaya PJJ Puding Caramel bernilai RM35 ditolak daripada jumlah bayaran.